Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,
 ...terjumpa di facebook sahabat..
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Disiarkan pada Jan 02, 2010 dalam kategori Akidah |
** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.


Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterang an Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanir rahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanir rahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan) , lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman

Wallahu a'lam

i am blessed with straight hair..not chopstick straight hair..but simply straight hair..however it is not perfect with lotss of frizz..and it will be snowy (yakek) in the episode of stress..such as exams..and..err..tats all bout it..only exams..i kno the weirdness of my hair..it only straight when it is really long..mun setakat lepas bahu it does this sudden bengkok that i can't remember to the right or left..now i can sesuka hati ikat my rambut and after leave it a few hours or lepas mandik, it can fall down straight..ngehngeh..but one thing bout me..i have this habit of not brushing my hair..but when i start to brush, lalulah nak nyisir sehari2 kedak rompuan ngegeh nak mati leput..sikmok nyisir kannya apa..masalah rambut aku tok cepat gilak nak luruh..nakpa kenak kah..hmm..okok..aku nok ngelaka sempu dipakey aku..apa tek aku tgh nak anta botol2 plastik tok jual rah tokey recycle..macam bes jak ambik gamba..alang2 cerita lah..eheh..

so, here goes~~



Photobucket
my evergreen shampoo..eheh

rejoice fruity anti dandruff..
been using it since..since nya keluar lah..before2 tok aku juz pakey comlplete jak..apa nya pn iklan madah ala2 rawatn spa..tp aku pakey tok sbb it is anti dandruff..i owez need an anti dandruff shampoo for myself..lastime sekdalah berkelukuh rambut ku koh..tapi sejak stress pelajaran, semakin berkerukoh rambut ku..so aku pakey tok..and nya kontrol aku pn kerukoh..and aku always cayak REJOICE..sik tauk ku..dari dolok2 ku rasa rambut ku tang beresi tang bes jak k REJOICE..owez k REJOICE..tp tukar2 jenis..complete la, anti dandruff, fruity la..fruity anti dandruff la..

...until i almost had a snowman on top of my head i change to this one..my snowy state started around six weeks into my secon final proffessional; the first attempt..the situation was so damn stress ..suddenly is c my books got snow snow one..sampey bulu mengsu ku ada juak berkerukoh..nak leput juak..so i think it's time for me to change my shampoo to a real concrete anti dandruff shampoo..only two brands i know, CLEAR or HEAD and SHOULDERS..one thing about anti dandruff shampoo it may cause ur hair to become k-ngasak-periok-like-consistency..i am not willing to sacrifice my hair..aku jarang rambut panjang benben bah..salu dah ku guntin ku time2 berkerukuh tahap super camtok..ada juak ku miker nak makey nk typical salu prescribe by doctors ya..yang kaler merah ya..it is a shampoo containing salicylic acid, tar, selenium lah..yajak ku tauk..lain2 ndak ku tauk apa dalam ya..tp agik juak ku miker mun rambut terkorban..and as for head and shoulders not only me, tapi rami juak orang merik testimonial madah keras ngeritin rambut kakya..and tambahan gik a well-known rival makey shampoo tok..i kno..childish, rite? huhu..ok..until one day during a visit to my makcik's funeral, i din bring my shampoo and have to use whatever shampoo in the toilet..and they are using, CLEAR;Hair Fall Defense..

clear
nok botol kecik ya baruk gik dibeli adikku..suk nya ku rasa makey sempu tok..

perasaan lekak makey shampoo tok..setelah lamak bergelut ngan palak rasa berminyak sik beresi berkerukuh, tetiba rasa palak ku beresi..dan nyaman.. (nyaman agik yang mint ya..haha..coba duak2..) tapi pros paling best, lekak ya rambut sik keruk..rambut ok2 je.. (sekpat juak expect rambut nang alu licin lalat tergelincir..eh, ya rambut suhaimi)..dan nya claim ada hair fall defense..aku immediately fall in love ngan shampoo tok..so aku bershampoo tok lah..aku tauk tok akan jadi shampoo sementara ajak..sampey aku pn stress abis and kerukuh in control aku akan bertukar agik.. (aku tauk nang sik bagus bertukar shampoo..but aku suka coba2..hehe)..nektok tinggal rambut ku kusut tahap gila jak..nang frizzy koh!!but i lost my scratchy head..what a relief..

so, di Penang sekejap sik ngembak shampoo..malas..makey shampoo dibeli jijie ajak..shampoo SUNSILK ; Smooth and Manageble.. (yakah namanya? aku google tek ya kua..) so numpang shampoo tok..sekda perasaan ku makey..sekda lah rasa berbeza kah..tp nk nama malas nk bebeli berembak balit, bersabar jak kmk tiga kongsi tek..titzzz madah sik suka..sbb nya rasa shampoo tok nyuroh rempek jak rasa rambut nya..

 sempu sunsilk kalas
sikmok eh k sempu tok gik..huhu..tp ku nang sik ngenak k sunsilk koh..ada jak kawan ku lain ngenak..lain urang lain bah..



dah balit ke bumi kenyalang aku nyambung la k CLEAR tek..sampey lah recently my last botol besar pn CLEAR habis..and aku bok perasan sekda gik kerukoh..so..aku ada delay time nok tukar or teruskan..so, dalam tiga hari shampoo clear abis yang leka-bejalan-meli-sik-ingat-dunia aku pn makey jak shampoo nok ada di rumah, iaitu HEAD and SHOULDERS for Men Hair Retain..mak aih!! nok leput rambut ku dikit gik kedak rambut amy winehouse lekak ya..tobat ku..sikmok gik..so aku pn nengong kelakar kawan, titzzz ku madah cgek shampoo tok bes...

Photobucket
pink owh kaler nya..pink ijo gik ya..i loikkkkkkke!! =">

CLAIROLTM Herbal Essences dangerously straight (sik kah loba nama sempu tok?)..aku nang dah lamak makey nya pn leave-on conditioner..all this time aku k leave on nya..tp ku couple ku ngan shampoo lain la..leave on nya bau nyaman..sbb ya ku makey..anyhoo, perasaan lekak makey shampoo tok kali pertama, first time ku nyisir rambut k tgh jarikku sampey ke ujong..stlh sekian lama..mun sik salu jak stuck tgh2..huhu..kusut bah..seronok eh..so, currently aku k shampoo tok..sampey kelak mun kerukoh ku datang lagi..hopefully sik..huhu..when i first saw it with it's new packaging, i told myself, never ever fall into this shampoo juz becoz the bottle is so fancy and attractive..but now, yes, i fall in love with this shampoo..eheh..

disclaimer: this entry is written based on my personal experiences..sekda kaitan idup or mati..apatah lagik sekda kaitan nok sabo mana2 syarikat pengeluar sempu..sekda kaitan  cdak syarikat sempu ya ngan idup aku koh..........

..n ther's a story of 2010

new year's here~~ 2010 a mark for a new beginning..i kno..this entry is a bit delay but i need to say what i need to say..hehe

the first half of my 2009 have a big impact on me..the tears.. the heartbroken.. i am in the lowest state of myself..but i lied and tell myself the other way around..a year that challenge me the most..physically and mentally.. (up2 tis moment..)..not only to me..but also to people around me..
and now 2010 is finally here..!! hello 2010..!!hopefully this new year brings happiness to me, my bapak, my family, my besties, people around me..and all my love ones..


another modified version of this entry ) let ask the same question again..

ii) what have i achieved for the second half of the year..?

A LOT!!

OMG thank you Allah..i have sooOOoo much to be thankful to this year..i mean..it begins in November!! err..October to be exact..end of the year, everything changes..and it changes BIG!! ok, we talk about Big later..i mean Big as in satc's Big..ok, forget bout tat..talk bout my second half of the year..even as i type this entry i can't stop smiling and being thankful..alhamdulillah ya Allah..u have given me a lot of happiness as 2009 end its sad episode..so, let's review.. *wink*
hmm..what did i do last year at this time..? still schooling..yeah!! i had finished my seven and a half years of medical schooling..!! thank God..or to be exact, after 21 years of study, i finally have my first degree!! i am a degree holder..i was this close (mejin jak ibu jarik ngan jarik telunjuk ku almost dikapit ku) to give up..but i have no choice..so i juz undergone my exam.. (i cried for two whole days..!!i kno!! drama queen rite? i dun care!! hehe)

okok..as a summary this is what my happiness for the second half of 2009..

i) i have managed to sit and experience the second professional exam for the second time..and this time, i passed!!! ;o)
ii) once during a presentation, i amazed my lecturer as i smoothly answered all his question..with a cool style..i amazed myself also..talking about being optimistic..!! and it boost my confidence level..
iii) i met my own Aidan!! and he's PurrFect!!
iv) i gained another new family..Aidan's family is perfect!!
v) our family's financial problem improved..better!! ;o)
vi) i shared my happiness with my family and friends and that adds up my list for more than 100%
vii) titzzz..hmm..she has her own happiness..well, it's hers to tell..not mee.. ;p
viii) my sis told me she's pregnant!! capiq is getting a bro?sis? apa2 pun boleh!! happiness!!
ix) jell dah nikah!! and i managed to attend my bestfriend's wedding!!
x) the happiest moment; a visit from Aidan~~ love u bee~~

thank you Allah..!! all the happiness that u gave me..nikmat paling susah ku rasa bila ku besar tok..alhamdulillah..

p/s: spookie aih..ku copy paste dari post ariya..nang semua fits rah entry tok..

..n ther's a story of how do u say no...

what is the best way to say no to something u really want but u are not ready for it?

..n ther's a story bout parenting..

there is always silent competition among parents..betandin anak sapa bagus agik, pandey agik, keja bagus agik, belaki/berbini ada pakej (kaya, keja bagus, kacak agik) and lastly lalulah betandin cucuk masing2..

apa poin ku bah..? ntah..mak bapak kawan ku sekda nak kedak ya koh..dah masin2 kamekorg tok dirasa kdak anak cdak masin2 (pesen cucuk ninek kah ndet..?)..bagus mekorang bangga juak cdak..sik bagus mekorang ngeruit juak ati cdak nk ngubit..

eh, nang bukan tok poin aku..aku nak naip ttg journey to the west: penang..tapi gik sekda mood nak ngerepak koh..huhu..kelak la ckit..


 

i am amsieime